MB jamin tangani kes Covid-19 sebaiknya, pantau rapat keadaan semasa

21 Dec 2023 • 5:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

TANJUNG MALIM, 21 DIS: Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk menangani peningkatan kes Covid-19 sebaiknya, berbekalkan pengalaman lalu ketika berdepan pandemik itu pada 2020.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pihaknya memantau secara terperinci perkembangan kes dan akan bertemu EXCO berkaitan bagi melihat keadaan semasa.

“Setakat ini, hospital masih boleh tampung (kes) dan tidak perlu laksana langkah (drastik). Saya akan terus dapatkan laporan terkini supaya ia tidak sampai ke tahap membebankan seperti 2020 dan 2021,” katanya.

Beliau ditemui pada Anugerah Buku Negara 2023 di Dewan Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin menjangka kes Covid-19 di negeri ini terus melonjak berikutan sambutan perayaan Krismas, di samping musim cuti sekolah.

Berikutan itu, beliau menyeru rakyat supaya mematuhi panduan kesihatan dan mengamalkan langkah pencegahan antaranya mengenakan pelitup muka di kawasan sesak atau tertutup.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak tempat sesak atau kawasan tumpuan jika mengalami sebarang gejala dan segera berjumpa doktor sekiranya bertambah serius.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved