MB Kedah enggan ulas isu pertukaran kerajaan Persekutuan

Politics
8 May 2023 • 12:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Sanusi

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan pembangkang mempunyai sokongan mencukupi dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kepimpinan baharu di negara ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu tidak boleh didedahkan buat masa sekarang.

"(Kerajaan Persekutuan baharu) tidak lama lagi? rahsia," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Negeri Selangor di Pekarangan Pejabat Pas Selangor Seksyen 13 di sini pada Ahad.

Muhammad Sanusi dalam ucapannya pada majlis itu seolah-olah memberi bayangan pembangkang mempunyai sokongan mencukupi dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kepimpinan baharu di negara ini.

Ujar beliau, perubahan tersebut dijangka akan berlaku tidak lama lagi.

“Tak lama dah, dia kata Tan Sri Annuar Musa pun kata tak lama dah. Tan Sri Noh pun ada sini," ujar beliau.

Muhammad Sanusi dalam ucapannya turut mendakwa gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) melakukan ekstrimisme kuasa termasuk menggunakan dana kerajaan untuk melaksanakan kempen memenangi sokongan rakyat.

Jelas beliau, perbuatan itu sedang melanda seluruh rakyat di negara ini menerusi peruntukan kerajaan di bawah kementerian yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti kempen PH-BN.

“Mereka marah sangat dekat saya, sebab saya kata hendak buat jamuan raya ke hendak kempen pilihan raya?” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved