MB Kelantan arah semua agensi, wakil rakyat bantu penduduk di kawasan banjir

21 Nov 2023 • 9:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud telah mengarahkan semua agensi dan wakil rakyat di negeri itu agar mengambil langkah perlu bagi membantu penduduk di kawasan masing-masing susulan hujan berterusan yang boleh mengakibatkan banjir.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut meramalkan kejadian banjir akibat limpahan air sungai sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Kelantan.

Malah menurut beliau, beberapa sungai termasuk Sungai Golok dan Sungai Jawi di Pasir Mas, Sungai Kelantan serta Sungai Semerak di Pasir Puteh telah menunjukkan kenaikan.

“Saya menyeru seluruh rakyat Kelantan agar sentiasa peka kepada situasi cuaca. Patuhi arahan pihak berkuasa terutama arahan untuk berpindah, awasi keselamatan ahli keluarga, kanak-kanak dan orang tua.

“Sama-sama kita menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan agar negeri kita dilindungi daripada banjir besar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved