MB Kelantan dituntut mohon maaf secara terbuka

20 Aug 2023 • 11:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nassuruddin ketika membaca lafaz Taat Setia semasa mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian pada Selasa. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan Kota Lama (Dr Hafidzah Mustakim) serta pengundi Barisan Nasonal (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Notis tuntutan maaf tersebut akan dihantar oleh kedua-dua wakil rakyat tersebut hari ini (Ahad) kepada Pejabat Menteri Besar selepas laporan polis dibuat.

Permohonan maaf itu susulan Mohd Nassuruddin melabelkan kedua-dua wakil rakyat itu sebagai penentang perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.

Tuntutan tersebut dibuat selepas Mohd Nassuruddin didakwa membuat syarahan umum di Dataran Ilmu dan menamakan kedua-dua DUN iaitu Galas dan Kota Lama sebagai menentang perjuangan Islam.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved