MB Kelantan jangan mudah koyak - ADUN Galas

LocalPolitics
6 Sep 2023 • 10:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Syahbuddin, Nassuruddin

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim mengingatkan kembali Menteri Besar (MB) Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud supaya jangan mudah koyak sebagaimana yang dipesan beliau kepadanya sebelum ini.

Menurutnya, pesanan itu susulan beliau menuntut permohonan maaf sebelum menyaman pemimpin tertinggi itu yang melabelnya dan ADUN Kota Lama sebagai melawan perjuangan Islam.

"Mengenai saman oleh MB kepada saya, sudah diterima pada Isnin lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, perkara itu selebihnya diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan Mohd Nassuruddin pula memfailkan saman ADUN Galas dan ADUN Kota Lama berhubung isu memfitnah beliau membawa fitrah takfiri.

Selain dua ADUN pembangkang itu, Mohd Nassuruddin turut memfailkan saman terhadap Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkaitan isu tersebut.

Sebelum itu, Mohd Nassuruddin diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kota Lama serta pengundi Barisan Nasonal (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh tujuh hari.

Permohonan maaf itu susulan Mohd Nassuruddin didakwa melabelkan kedua-dua wakil rakyat itu melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu.