MB: Kerjasama agensi lonjak keupayaan Selangor jaya Inisiatif Pendapatan Rakyat

26 Feb 2023 • 8:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

HULU LANGAT, 26 FEB: Pelbagai agensi dan inisiatif dimiliki Kerajaan Selangor berkeupayaan menjayakan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Dato’ Menteri Besar berkata sehubungan itu pihaknya bersedia menyahut seruan melaksanakan program tersebut di negeri ini.

“Contohnya agensi berkaitan keusahawanan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) sudah mempunyai lebih 60,000 alumni pada waktu ini.

“Tidak ketinggalan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang mempunyai inisiatif untuk mendapatkan bekalan dan keselamatan makanan,” kata Amirudin Shari ketika berucap pada Majlis Pelancaran IPR di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka di sini, hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

IPR menyasarkan 100,000 golongan miskin tegar dan B40 di negara ini untuk mencipta kelangsungan pendapatan sekali gus menoktahkan isu kemiskinan tegar negara menerusi tiga templat iaitu Inisiatif Usahawan Tani (Intan), Inisiatif Usahawan Makanan (Insan) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (Ikhsan).

Menerusi IPR ekosistem penerima, pembimbing dan rakan niaga diwujudkan untuk kegiatan penjanaan pendapatan bersesuaian dengan keperluan membaiki struktur ekonomi negara di peringkat akar umbi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved