MB lancar laporan pembangunan mampan negeri, perkukuh peranan PBT

5 Nov 2024 • 8:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KAHERAH, 5 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini melancarkan Voluntary Sub-National Review (VSR) atau laporan projek matlamat pembangunan mampan (SDG) terbitan PLANMalaysia Selangor.

Dalam lawatan ke World Urban Forum ke-12 (WUF12) di Pusat Pameran Antarabangsa Egypt di sini, pemimpin negeri turut melancarkan Voluntary Local Review (VLR) yang disediakan enam pihak berkuasa tempatan (PBT).

PBT itu meliputi Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Diraja Klang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Amirudin berkata laporan itu memaparkan perancangan pihak terbabit dalam menjayakan pembangunan mampan selaras matlamat sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ini antara resolusi diperoleh daripada WUF yang disertai pada 2019. Di pihak negeri, kita ada laporan sukarela untuk melakarkan apakah perkara dan perancangan kita untuk mengoptimumkan sumber kepada tenaga.

“Saya juga memuji PLANMalaysia Selangor kerana berjaya menyediakan Laporan VSR dan menyerahkannya kepada PBB tahun lepas,” katanya ketika ditemui.

Amirudin dalam pada itu turut meluang masa melawat reruai di Pavilion Selangor yang menghimpunkan 12 PBT termasuk beberapa agensi kerajaan.

“Pavilion Selangor ini bukan sekadar menyaksikan pelancaran laporan VSR dan VLR tetapi akan digunakan untuk bincang bagaimana SDG boleh dipusatkan di peringat setempat,” katanya.

Program turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim, EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim dan EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved