MB lawat gerai Lemang U-turn, cuba hasilkan juadah sendiri

22 Apr 2023 • 8:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 22 APRIL: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa melawat ke gerai Lemang U-turn yang diusahakan pasangan suami isteri di Batu 7, Jalan Gombak di sini, malam tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari tidak melepaskan peluang mencuba sendiri cara-cara menghasilkan lemang dengan memasukkan beras pulut dan santan ke dalam buluh.

Sepanjang proses pembuatan lemang itu, Amirudin dibantu pengusaha gerai berkenaan Mohd Fadzly Izahar dan isterinya Rosmaria Ibrahim.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menziarahi bekas pemain bolasepak Khalid Ali di Keramat, Gombak pada 21 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Terdahulu, Amirudin melawat legenda bola sepak negara Khalid Ali yang disahkan menghidap barah paru-paru tahap 3A di kediamannya di AU4 Keramat di sini.

Sebelum itu, Amirudin yang juga ahli parlimen Gombak meluangkan malam Aidilfitri dengan bertakbir raya bersama kira-kira 100 jemaah Surau At-Tarbiah, Fasa 4, Taman Melawati di sini.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama jemaah surau bertakbir raya selepas menunaikan solat Isyak di Surau At Tarbiah,Taman Melawati pada 20 April 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved