MB lawat pengarah bomba Selangor di Hospital Selayang

20 Dec 2022 • 4:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 20 DIS: Dato’ Menteri Besar menziarahi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis di Hospital Selayang.

Jabatan itu memaklumkan kehadiran Dato’ Seri Amirudin Shari pada jam 12.46 tengah hari tadi diiringi pegawai kesihatan hospital berkenaan.

“Semoga kesihatan Dato’ Norazam Khamis kembali sembuh dengan cepat,” tulisnya di Facebook.

Petang semalam, Norazam dimasukkan ke hospital selepas diserang angin ahmar ringan (minor stroke) selain keletihan. Bagaimanapun keadaan beliau terkawal dan sedarkan diri.

Beliau terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali sejak awal tragedi Jumaat lalu.