MB luang masa bersarapan di gerai, bertemu penduduk DUN Sungai Tua

16 Oct 2022 • 11:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 16 OKT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluang masa bersarapan di Restoran Barakath’s Corner, Kampung Laksamana di sini, pagi ini.

Beliau yang juga diiringi Penyelaras DUN Gombak Setia A Rahim Kasdi bersarapan bersama pimpinan masyarakat dan penduduk sekitar selain turut beramah mesra dengan pelanggan kedai lain.

Amirudin selepas ini akan mengagihkan baucar Jom Shopping bernilai RM100 sempena Deepavali kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) DUN Sungai Tuan di Pasaraya Sri Ternak Selayang Baru.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Tahun ini, sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei lepas.