
SHAH ALAM, 12 JULAI: Dato’ Menteri Besar meminta orang ramai memohon Skim Air Darul Ehsan bagi menikmati air percuma jika belum berbuat demikian.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 20 meter padu air akan diberikan secara percuma kepada golongan yang layak.
“Program ini khusus untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. Antara salah satu program dalam agenda menjaga kebajikan rakyat untuk mengurangkan beban kos sara hidup.
“Proses permohonan juga dimudahkan oleh Air Selangor menerusi pilihan sama ada kaedah atas talian atau melalui kaunter perkhidmatan pelanggan,” katanya di Facebook.
Permohonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi https://www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/ .
Syarat kelayakan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Selangor dengan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.
Premis kediaman pula mestilah jenis meter individu dan pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.

The post MB minta rakyat mohon Skim Air Darul Ehsan, nikmati air percuma appeared first on Selangorkini.

