MB: Negeri selaras bantuan mangsa ribut Sepang dan Puchong dalam kadar segera

8 Apr 2023 • 7:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kerajaan Negeri akan menyelaras bantuan kepada mangsa terjejas kejadian ribut di Sepang dan Puchong dalam kadar segera, maklum Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan akan diatur menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

“Saya dimaklumkan berkenaan kejadian ribut yang berlaku di Sepang dan Puchong yang mengakibatkan kerosakan rumah dan kediaman.

“Kerajaan Negeri melalui PBT dan MBI akan menyelaras bantuan kepada mangsa terlibat dalam kadar segera,” kata beliau menerusi Facebook.

Sementara itu, wakil rakyat Dengkil Adhif Syan Abdullah berkata lebih 20 lokasi di sekitar Kg Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Apartment Angsana Bukit Puchong 2 dilapor terjejas kejadian ribut.

Menurut beliau beberapa infrastruktur awam, masjid,surau, premis perniagaan serta rumah penduduk mengalami kerosakan selain peniaga bazar ramadan di Putra Perdana.

“Terima kasih kepada komuniti yang bertindak pantas membantu, saya bersimpati dengan semua yang terkesan dan berharap penduduk dapat bersabar dalam menghadapi dugaan di bulan Ramadan ini,” katanya.

 

image is not available
Keadaan sebuah rumah yang terjejas akibat ribut sekitar Puchong pada 8 April 2023. Foto Facebook Adhif Syan Abdullah

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved