MB pelawa warga Selangor meriahkan rumah terbuka di Gombak malam ini

14 May 2023 • 8:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA SELANGOR, 14 MEI: Dato’ Menteri Besar mempelawa rakyat terutama warga Gombak untuk memeriahkan Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, malam ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program yang dianjur bersekali dengan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Kuala Selangor di Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor pada 13 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Saya mempelawa penduduk Gombak dan seluruh rakyat Selangor untuk meluangkan masa memeriahkan rumah terbuka negeri di daerah yang terakhir pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ada program JKSA daerah Kuala Selangor yang diadakan di Padang Awam Bukit Badong, di sini malam tadi.

Menariknya, JKSA daerah Gombak malam ini turut menampilkan penyanyi terkenal Datuk M Nasir dan Dayang Nurfaizah.

image is not availableJKSA yang diadakan tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal bermula 28 April telah berlangsung di Sepang, Hulu Selangor, Klang, Hulu Langat dan Petaling.

Ia diteruskan di Dataran Tanah Lesen, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei), Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei) sebelum berakhir di Gombak.

Sebelum ini, Amirudin berkata jelajah itu memberi peluang kepada rakyat bertemu pemimpin negeri dengan setiap lokasi mendapat sambutan menggalakkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved