MB Perlis Beri Keterangan Di Ibu Pejabat SPRM 

30 Apr 2024 • 2:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MB Perlis Beri Keterangan Di Ibu Pejabat SPRM

PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan ia mengambil keterangan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 9.50 pagi untuk memberi keterangan kepada agensi terbabit.

Dua hari lepas SPRM mengesahkan ia sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air, kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.

Sumber SPRM berkata pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta, dan agensi itu dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan lima individu termasuk anak Mohd Shukri ditahan SPRM berhubung kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000 baru-baru ini.

Sementara itu Mohd Shukri menerusi hantaran di akaun Facebooknya berkata beliau akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan.

Beliau berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan siasatan itu, dan mengucapkan terima kasih atas komen yang mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved