MB Perlis tidak direman, dibenar pulang

30 Apr 2024 • 2:48 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - “MB (Menteri Besar) tidak direman, telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan”.

Demikian tulis pentadbir (admin) Facebook Mohd Shukri Ramli susulan kenyataan awal Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengenai keberadaan Menteri Besar Perlis itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.

Terdahulu Azam berkata, Menteri Besar Perlis itu dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya.

Dalam pada itu, Mohd Shukri dalam Facebook berkata, beliau akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan.

“Alhamdulillah, selesai memberi keterangan. Seperti yang saya tegaskan, saya akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Insya-Allah. Terima kasih atas komen yang baik-baik, mendoakan urusan saya dipermudahkan. Semoga doa-doa yang baik ini juga berbalik kepada anda,” katanya.

Sementara itu, sumber SPRM memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Menurut Azam, Mohd Shukri ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.

Katanya, SPRM turut menjalankan siasatan terhadap Menteri Besar itu mengenai salah guna kuasa.

SPRM sebelum ini menahan reman anak lelaki kepada Mohd Shukri berhubung siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Namun anak lelakinya itu dibebaskan dengan jaminan SPRM. - 30 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved