MB rai 100 anak yatim tonton filem Mat Kilau di pawagam

13 Jul 2022 • 10:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 JULAI: Seramai 100 anak yatim dirai oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bagi menonton filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan di TGV Central I-City di sini hari ini.

Program diatur Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) turut dihadiri pelakon filem itu sendiri iaitu A Galak, Farid Amirul dan Geoff Andre Feyaerts.

Amirudin ditemani isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad. Turut serta menonton filem berkenaan ialah EXCO kebudayaan, Borhan Aman Shah dan EXCO perumahan, Rodziah Ismail.

Terdahulu, kehadiran mereka disambut dengan persembahan silat dari Pertubuhan Seni Silat Lincah Selangor dan Kuala Lumpur.

Filem arahan Syamsul Yusof berjaya meraih kutipan RM71 juta dalam tempoh 21 hari tayangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved