MB rasmi acara berbasikal, sertai kayuhan 3km sempena ulang tahun MBSJ

23 Oct 2022 • 10:11 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SUBANG JAYA, 23 OKT: Dato’ Menteri Besar menyempurnakan pelepasan 780 peserta acara berbasikal ‘Fun Ride’ dan kejohanan kriterium sempena Karnival Bandar Raya Subang Jaya di sini, hari ini.

Selepas acara pelepasan, Dato’ Seri Amirudin Shari turut berkayuh sejauh tiga kilometer bersama-sama Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Johary Anuar dan tetamu jemputan lain.

Johary ketika ditemui selepas kayuhan berkata acara kayuhan ‘fun ride’ dan cabaran kriterium adalah antara lebih 20 aktiviti disediakan kepada penduduk sempena ulang tahun kedua Subang Jaya diiktiraf sebagai bandaraya.

“Bagi cabaran kriterium pula terdapat 10 kategori utama. Peserta yang berjaya melengkapkan kayuhan dalam masa ditetapkan menerima hadiah wang tunai dengan nilai keseluruhan RM9,000.

“Selain mendedahkan peserta dengan situasi perlumbaan, ia juga mewujudkan platform hobi dengan menjadikan berbasikal sebagai kegiatan masa lapang,” katanya.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan pelepasan peserta kayuhan basikal Fun Ride dan cabaran kriterium sempena Karnival Bandar Raya Subang Jaya di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Subang Jaya pada 23 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved