MB rasmi Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022

3 Dec 2022 • 12:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 2 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022, malam tadi.

Majlis perasmian yang disempurnakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam turut dihadiri Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad.

Pada majlis sama, Anugerah Ilustrator Yusof Gajah 2023 turut dilancarkan.

SIBF 2022 dianjurkan Kerajaan Negeri dan PPAS sebagai urusetia julung kali diadakan hasil kesinambungan Pesta Buku Selangor yang dijalankan selama 16 kali sejak 2006.

Selain pameran dan jualan buku, pelbagai aktiviti menarik termasuk sembang santai bersama sasterawan dan karyawan, cabutan harian untuk pengunjung bertuah, pertandingan bercerita, bersajak, bersyair, catur, pantomin dan persembahan dikir barat untuk pelajar sekolah dianjurkan sehingga 11 Disember ini.