MB rasmi Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman

10 Mar 2023 • 6:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH SHAMZ JOHAN

SUBANG JAYA, 10 MAC: Dato’ Menteri Besar hari ini merasmikan Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, di sini.

Pada majlis ringkas itu, Dato’ Seri Amirudin Shari diberi penerangan mengenai proses baik pulih tugu yang siap sepenuhnya pada 2019 itu oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku Lim Yi Wei.

Selepas melawat tugu berkenaan, Dato’ Menteri Besar kemudian ke Masjid Kampung Tunku bagi menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat.

Beliau juga sempat bertemu ketua-ketua komuniti bagi mendengar aduan selain meninjau kemudahan masjid tersebut.