MB santuni 54 anak yatim, serah sumbangan Aidilfitri RM500

10 Apr 2023 • 9:22 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 10 MAC: Dato’ Menteri Besar menyerahkan sumbangan Aidilfitri bernilai RM500 kepada 54 anak yatim di Masjid An Nur, Kampung Wira Damai, Batu Caves di sini semalam.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan disalurkan melalui 70 peratus hasil kutipan tabungan masjid.

“Pihak masjid mengumpulkan kutipan dalam tempoh setahun sebelum sebahagiannya diagihkan kepada qariah di bawahnya,” katanya.

Amirudin sempat menunaikan zakat fitrah dan beramah mesra bersama kariah masjid selepas tamat majlis.

Sebelum ini, Masjid An Nur turut menerima bantuan daripada Pemerbadanan Menteri Besar berjumlah RM10,000 bagi tujuan penganjuran program Ramadan dan pengimarahan masjid.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved