
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 2025 yang lalu, sekitar 23 rakyat Malaysia telah terlibat dengan misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Namun bantuan itu tidak dapat disampaikan apabila kapal yang dinaiki mereka telah dipintas serta ditahan tentera Zionis.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah pengakhiran sebaliknya misi bantuan ini masih akan diteruskan lagi buat rakyat Palestin.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Menteri Keselamatan Israel Tuduh Peserta Global Sumud Flotilla Pengganas [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Israel Mula Perbicaraan Usir Peserta Sumud Flotilla Tanpa Notis Awal – Adalah
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Global Sumud Flotilla: Masjid Serta Surau Bawah JAKIM & JAWI Diarah Buat Solat Hajat, Qunut Nazilah
MB Selangor ketuai sumud flotilla 2.0 wakili PM
Terbaharu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah diamanahkan untuk mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0.
Menurut kenyataan dikeluarkan pejabat menteri itu, misi tersebut akan menyampaikan sebanyak 30 kontena yang mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan untuk membela nasib rakyat Palestin yang kini bertambah rumit di Gaza.
“Anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Amirudin Shari akan berlepas pada 5 April untuk mengetuai Delegasi Malaysia, memastikan pelepasan kontena di Kaherah berjalan selamat, mengetuai sidang khas di Pindu Sempadan Rafah untuk menyatakan tegas pendirian Malaysia terhadap isu kepungan Gaza, dan seterusnya memantau pelepasan Delegasi Sumud Nusantara di Pelabuhan Barcelona, Sepanyol,” jelasnya.
Menerusi tugasan mencabar serta penuh berisiko itu seluruh rakyat Selangor dan Malaysia dapat mendoakan misi yang akan diketuai Amirudin Shari dan setiap petugas berjalan sempurna serta selamat.
“Selangor dan Malaysia akan terus menegaskan dan menegakkan keadilan bagi nasib warga Palestin yang masih dikepung dan dizalimi rejim Zionis Israel.”

Melihat di ruangan komen, ramai yang memberikan sokongan dan semangat kepada Menteri Besar Selangor itu.
Bahkan ada yang mendoakan misi bantuan itu dilakukan dipermudahkan. Selain itu, ramai berharap agar misi pada kali ini berjaya.
“Semoga dipermudahkan urusan”

“Amanah besar yang cukup mulia. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi sepanjang misi. Doa rakyat Malaysia sentiasa mengiringi”

“Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan Yang Berhormat dan tahniah ata pelantikan sebagai ketua dan peserta Global Sumud Flotilla 2.0. Rakyat Malaysia akan mendoakan keselamatan semoga selamat pergi dan balik. Doa rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin”


