MB Selangor mengaku kena saman MBSJ

19 Jan 2024 • 10:10 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – ‘Tiba-tiba dapat pesanan ringkas, notis saman parkir dari @SJcitycouncil,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan beliau dikenakan tindakan itu, baru-baru ini.

Beliau berkata, kenderaan miliknya disaman Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 4 Januari di sebuah lokasi di dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Namun, Amirudin berkata, beliau sudah membayar saman berjumlah RM80 itu menerusi transaksi secara dalam talian.

“Saya klik ke pautan dan kurang lima minit dapat selesaikan bayaran.

“Semenjak 2019, hampir semua PBT smart parking dan bayaran juga boleh dilaksanakan dalam talian,” katanya menerusi hantaran di X.

https://twitter.com/amirudinshari/status/1747834659336278242?s=46&t=00sjmDRGZSkFrIfoKZDUrw

Menerusi statusnya itu, Amirudin turut mengingatkan orang ramai yang menerima saman parkir supaya menekan pautan pembayaran untuk melunaskannya.

“Ingat dapat notis saman klik bukan call Datuk Bandar minta waive (dikecualikan),” katanya berseloroh.

image is not available
Datuk Seri Amirudin Shari berkongsi bukti resit pembayaran saman diselesaikannya secara dalam talian. - Gambar X, 19 Januari, 2024

Malah, melalui status itu, Amirudin berkongsi resit pembayaran dibuatnya untuk kesalahan berkenaan sebagai bukti saman sudah dilangsaikan. - 19 Januari 2024

The post MB Selangor mengaku kena saman MBSJ appeared first on Scoop.