MB serah kunci kepada pemilik Rumah Selangorku Kemuning Idaman

13 Jan 2023 • 1:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 JAN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini menyerahkan kunci dan surat tawaran kepada pembeli serta penyewa Rumah Selangorku Kemuning Idaman di Klang.

Simbolik serahan dibuat selepas melawat pangsapuri itu bersama EXCO Perumahan Rodziah Ismail untuk menilai sendiri projek yang dimajukan oleh Paramount Property Development Sdn Bhd.

Amirudin dalam ucapannya turut berpuas hati terhadap reka bentuk, kualiti dan bahan binaan projek tersebut melibatkan 650 unit rumah berkeluasan antara 750 hingga 900 kaki persegi.

“Saya amat berpuas hati dengan reka bentuk, kualiti dan bahan binaan yang digunakan dan ia memberikan keadaan kondusif untuk diduduki serta menjadi pilihan utama orang ramai.

“Pembangunan Rumah Selangorku ini melibatkan penyediaan jenis b, c1 dan c2 dengan sijil perakuan siap dan pematuhan (dikeluarkan) pada 17 November 2022,” katanya.

Pembangunan kediaman bertingkat itu dilengkapi pelbagai institusi pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi terkemuka selain berhampiran hospital dan rangkaian jalan raya.

Rumah Selangorku dibangunkan oleh Kerajaan Negeri lebih sedekad lalu untuk membantu penduduk memiliki rumah sendiri pada harga berpatutan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved