MB seru anak muda libat diri dalam sukan, elak pengaruh negatif

23 Jul 2023 • 9:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

OLEH FHATIHAH ZAKINAN

GOMBAK, 23 JULAI: Dato’ Menteri Besar menyeru anak muda melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi mengelak pengaruh negatif di media sosial.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa.

“Melalui ‘peers’ atau rakan sebaya, dalam aktiviti sosial dan sukan, ini adalah penentu masa depan untuk menggalakkan perpaduan.

“Di sini, boleh sokong mana-mana dari pasukan, agama atau parti mana, kita boleh duduk sama-sama. Ini antara usaha kita memulihkan negara selepas pandemik,” katanya.

Amirudin berkata demikian dalam ucapan Majlis Penutupan Kejohanan Futsal Amatur Piala Dato’ Seri Amirudin Shari,di KSL Sport Futsal, Batu Caves, di sini, hari ini.

Terdahulu, program anjuran Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima penyertaan 300 anak muda.

Hadir sama, Ketua Pemuda MIC Selangor, Sundaram Kuppusamy; Ketua Bahagian MIC Gombak, K Gobiraj dan rakan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved