
PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mendoakan pihak mengaitkan diri dan menggunakan gambarnya bagi tujuan skim pelaburan palsu seperti tersebar di laman sosial masuk neraka.
Beliau juga berharap “scammer” terbabit dikenakan hukuman paling berat jika ditangkap pihak berkuasa.
“Tak mampu untuk saya ‘divert’ (mengalihkan) kerja semata-mata untuk lawan ‘scammer’ seperti ini. Hari ini kita jawab palsu, minggu depan keluar yang lain pula ‘and next next week, the week after and so on’.
“Yang boleh dibuat oleh saya secara peribadi adalah berdoa agar pihak yang buat masuk neraka dan kalau pihak berkuasa mampu menangkap mereka, biarlah mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat dan mereput dalam penjara,” katanya menurut Berita Harian.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, gambarnya disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk mempromosi dan mengiklankan aktiviti pelaburan menggunakan akaun “The Secret Quran”.
Katanya, pihak tidak bertanggungjawab turut mewujudkan akaun TikTok menggunakan gambar dan nama mirip nama beliau, “drahmedsamsurimokhtar”.
“Gambar saya dipergunakan oleh pihak ini. Saya menafikan sekeras-kerasnya terbabit dengan mana-mana pihak berkaitan perkhidmatan mahupun akaun itu.
“Saya turut menafikan akaun TikTok drahmedsamsurimokhtar adalah akaun saya,”katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
