MB Terengganu puji kerajaan, sambut baik keputusan tingkatkan ‘Capitation Grant’ 

LocalPolitics
21 Mar 2025 • 10:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, puji kerajaan dan menyambut baik keputusan meningkatkan Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang ‘Capitation Grant’ sebanyak 25 peratus bermula 2026.

image is not available

Kredit foto: FB Anwar Ibrahim

MB Terengganu puji kerajaan, langkah diambil bukti hubungan baik pusat-negeri

Memetik laporan dari Bernama, Ahmad Samsuri menyatakan langkah itu membuktikan hubungan baik antara kerajaan Pusat dan negeri serta hasil perbincangan sihat yang membawa manfaat kepada rakyat.

“Kali terakhir kadar ini dipinda adalah pada 2002, sudah pasti dalam tempoh 20 tahun banyak perubahan berlaku daripada aspek populasi rakyat dan nilai ekonomi.

“Di Terengganu dalam tempoh ini, kadar populasi meningkat 31.6 peratus iaitu daripada 936,000 penduduk pada 2002 kepada 1.23 juta penduduk sehingga kini,” katanya.

image is not available

Kredit foto: FB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

MB Terengganu puji kerajaan, PM umum kenaikan 25% kadar pemberian

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan 25 peratus atau RM109 juta dalam kadar pemberian itu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM548 juta berkuat kuasa tahun depan.

image is not available

Kredit foto: FB Anwar Ibrahim

Ahmad Samsuri turut berharap peningkatan ini menjadi langkah awal dalam usaha menambah baik kadar pemberian lain dengan mengambil kira perbezaan demografi setiap negeri.

Perkara tersebut telah dinyatakan sewaktuberucap di Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Terengganu 2025 di Masjid Sultan Ahmad yang turut dihadiri Perdana Menteri.

Sumber: Bernama