MB ucap takziah pemergian mantan wakil rakyat Batu Pahat

21 Jul 2022 • 7:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 JULAI: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd Idris Jusi atas pemergian mantan ahli Parlimen Batu Pahat itu hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Inalillahwainailaihirajiun. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd Idris Jusi, mantan Ahli Parlimen Batu Pahat dari KEADILAN yang meninggal dunia hari ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya menerusi Twitter.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mohd Idris yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mememenangi kerusi Parlimen Batu Pahat selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Puad Zarkashi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved