MB ucap takziah pemergian mantan wakil rakyat Chini

6 Sep 2022 • 11:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 6 SEPT: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Jafri Abdul Rashid atas pemergian mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini itu petang tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Jafri Abdul Rashid, mantan ADN Chini (1999-2004) dari KEADILAN yang meninggal dunia petang tadi.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Inalillahwainailaihirajiun,” katanya menerusi Facebook.

View Original Article