Mbappe diberi amaran

Football
6 Oct 2023 • 10:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kylian Mbappe - Foto AFP

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps meminta Kylian Mbappe mencari rentak permainannya selepas mempamerkan persembahan hambar sejak kebelakangan ini.

Deschamps menamakan Mbappe dalam pasukannya untuk perlawanan kelayakan Euro menentang Belanda dan perlawanan persahabatan dengan Scotland.

Mbappe bergelut musim ini walaupun menjaringkan tujuh gol dalam Ligue 1 untuk Paris St Germain.

PSG dibelasah 1-4 di Newcastle United dalam Liga Juara-Juara pada Khamis dan Mbappe dilihat gagal menyinar dalam perlawanan di Stadium St James' Park itu.

“Dia tidak berada pada tahap terbaiknya, sama seperti keputusan kelabnya. Jelas sekali, dengan semua yang dia mampu lakukan dan pengaruhnya, dia sepatutnya memberikan impak besar kepada pasukan.

“Ini bukan kali pertama, mahupun yang terakhir dia mengalami tempoh dengan prestasi kurang memuaskan. Mungkin dia tidak mempunyai persediaan musim panas yang baik,” katanya.

Namun, Deschamps percaya Mbappe akan bangkit semula dan mampu untuk memperagakan kualitinya kembali.

“Tetapi, saya tidak bimbang mengenai semangatnya. Saya kenal dia dengan baik dan dia tidak pernah berpuas hati. Walaupun dia melakukan yang baik, dia mahu melakukan yang lebih baik,” katanya.

Perancis bertandang ke Amsterdam menentang Belanda pada 14 Oktober dan mereka kini berada di tangga teratas Kumpulan B dengan 15 mata maksimum.

Kemudian, pasukan Les Bleus itu akan menjadi tuan rumah kepada Scotland di Lille pada 18 Oktober.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved