Mbappe tak pernah bincang sambung perkhidmatan bersama PSG

Football
14 Jun 2023 • 8:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mbappe - FOTO AGENSI

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mengesahkan tidak pernah berbincang melanjutkan kontraknya dengan juara Ligue 1 Perancis itu selepas tahun depan.

Tonggak Perancis itu memberitahu dalam satu kenyataan pada Selasa, sehari selepas dia menghantar surat kepada pengurusan Les Parisiens bagi mengesahkan tidak akan mengambil pilihan untuk kekal di Paris.

PSG dimaklumkan pada 15 Julai 2022 mengenai keputusan Mbappe untuk tidak mengaktifkan pilihan melanjutkan kontraknya, yang berakhir selepas musim depan, bagi mengesahkan apa yang dituturkan tentang sebelum ini, kata kenyataan itu.

“Kylian Mbappe dan rombongannya mengesahkan perkara ini tidak dibincangkan sejak sepanjang tahun ini, kecuali dua minggu lalu untuk mengumumkan penghantaran surat itu.

“Tiada pelanjutan kontrak berpotensi telah disebut.

“Selepas menyatakan secara terbuka dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa Mbappe akan menjadi pemain PSG musim depan, Mbappe tidak meminta untuk meninggalkan musim panas ini dan baru saja mengesahkan kepada kelab bahawa Mbappe

tidak akan mengaktifkan tahun tambahan,” jelas kenyataan daripada Mbappe.

Surat Mbappe kepada PSG datang setahun selepas penyerang Perancis berusia 24 tahun itu menandatangani perjanjian baharu untuk kekal bersama juara Perancis itu, sambil menolak lamaran daripada gergasi LaLiga Sepanyol, Real Madrid.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved