MBAS serbu premis industri dijadikan sekolah warga Rohingya di Shahab Perdana

3 Jul 2026 • 10:16 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Operasi serbuan MBAS di premis industri Shahab Perdana yang dijadikan sekolah warga Rohingya

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Penguatkuasaan bersama Jabatan Perancangan Pembangunan telah melaksanakan satu operasi pemeriksaan dan serbuan ke atas sebuah premis industri di Kompleks Perniagaan Shahab Perdana, susulan isu tular di media sosial yang mendakwa premis berkenaan digunakan sebagai sekolah tidak berdaftar untuk warga Rohingya di kawasan tersebut.

Menerusi satu kenyataan, MBAS memaklumkan, operasi itu bertujuan mengesahkan kesahihan maklumat serta menilai tahap pematuhan premis terbabit terhadap peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis industri berkenaan telah disewakan kepada sekumpulan warga Rohingya dan digunakan sebagai sebuah sekolah yang menempatkan seramai 26 kanak-kanak warga Rohingya yang tinggal di kawasan berhampiran.

“Siasatan turut mendapati setiap pelajar dikenakan yuran sebanyak RM100 sebulan,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:

Susulan penemuan tersebut, MBAS telah merekodkan maklumat pemilik premis serta penyewa bagi tujuan siasatan lanjut dan tindakan susulan bersama agensi berkaitan.

“Kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bagi penelitian berhubung pengoperasian institusi pendidikan tanpa kebenaran, serta Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah bagi semakan status permit dan dokumentasi warga asing yang terlibat,” katanya.

MBAS dalam pada itu menegaskan komitmennya untuk memastikan semua premis dalam kawasan pentadbiran bandar raya Alor Setar mematuhi syarat penggunaan yang diluluskan serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, demi menjaga ketenteraman awam dan kepentingan masyarakat setempat.

The post MBAS serbu premis industri dijadikan sekolah warga Rohingya di Shahab Perdana appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved