SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyita sebuah premis hiburan tanpa lesen di Jalan Pekan Baru dalam operasi penguatkuasaan pada 3 Januari lalu.
MBDK memaklumkan operasi itu dijalankan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa MBDK, selepas melakukan siasatan hasil aduan awam.
“Hasil pemeriksaan didapati premis dijadikan aktiviti hiburan istirahat (lounge) dan sudah beroperasi dua bulan.
“Ketika operasi lima pekerja warga tempatan berada dalam premis,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Tambah MBDK, pengusaha premis dilapor menimbulkan bunyi bising daripada aktiviti hiburan yang dijalankan.
Jelasnya, sitaan dilakukan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995 Pindaan 1998 dan 2001.

The post MBDK sita premis hiburan tanpa lesen hasil aduan awam appeared first on Selangorkini.

