MBI agih makanan dan minuman, set lapik tidur ke enam pusat pemindahan

17 Nov 2022 • 5:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 NOV: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menghulur bantuan awal kepada mangsa banjir di enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya berkata semua PPS itu dibuka hari ini iaitu di Dewan Camelia Heights, Masjid Putra Heights, Balai MPKK Kampung Jalan Kebun, Dewan Masjid Kampung Johan Setia, Dewan Gemilang Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dengkil.

“MBI membekalkan air mineral, biskut, mi segera, roti dan set lapik tidur. MBI akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk selaraskan agihan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor menerusi kenyataan.

Terdahulu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook memaklumkan seramai 1,255 (338 keluarga) mangsa banjir di Selangor ditempatkan di PPS setakat 12 tengah hari tadi.

Tujuh daerah terjejas ialah Sabak Bernam, Klang, Kuala Selangor, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved