MBI beri penghargaan kepada pelakon India, Yogi Babu

4 Jun 2023 • 3:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Arif mewakili Datuk Bandar Ipoh menyampaikan cenderamata kepada Yogi Babu. - Foto Majlis Bandaraya Ipoh

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberikan penghargaan kepada pelakon terkenal India, Yogi Babu dan kru produksi yang memilih Ipoh sebagai lokasi penggambaran filem terbaharunya.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, penghargaan itu diberikan kerana secara tidak langsung telah mempromosikan bandar raya Ipoh dan negeri Perak di India dan dunia.

"Pihak produksi telah memilih Little India sebagai lokasi pengambaran yang sinonim dengan penjualan barang-barang perhiasan, baju dan rempah ratus untuk kaum India membeli-belah.

"Kami turut mencadangkan beberapa lokasi di bandar raya ini untuk dijadikan lokasi penggambaran seperti di Kampung Baru Buntong yang sekali gus dapat menjana pendapatan ekonomi kacang putih di kawasan tersebut,” katanya kepada Bernama.

Rumaizi berkata, kru produksi kira-kira 90 orang dari India itu telah berkampung di bandar raya ini hampir 35 hari dan akan mengetengahkan filem genre komedi romantis yang dibarisi pelakon terkenal iaitu Vijay Sethupathi.

Pada Sabtu, Pengarah Kerja dan Bangunan (MBI), Ir. Ts. Arif Mohd Zainudin mewakili Datuk Bandar Ipoh menyampaikan cenderamata kepada Yogi Babu serta kru penggambaran di Little India.

Antara filem terkenal lakonan Yogi Babu ialah Maan Karate, Komban, Kaaki Sattai, Pokkiri Raja, Jackson Durai, Atti and Sathriyan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved