MBI hulur bantuan tunai, ringan beban mangsa banjir Paya Jaras

28 Nov 2024 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 28 NOV: Lima keluarga terjejas banjir di Paya Jaras menerima sumbangan wang tunai daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menerusi Yayasan MBI.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop berkata sumbangan berjumlah RM500 diharap dapat meringankan beban penerima.

“Nilainya mungkin kecil tetapi kami berharap ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima sekali gus membantu meneruskan kelangsungan hidup.

“Selain itu, kita turut menyumbang komputer riba kepada tiga pelajar institusi pengajian tinggi awam dari keluarga kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan mangsa bencana banjir dan komputer riba di Dewan MPKK Kampung Paya Jaras Hilir, semalam.

Yayasan MBI menyediakan peruntukan RM1 juta tahun ini khusus untuk membantu mangsa terbabit kejadian bencana selain membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri membantu rakyat memerlukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved