
SHAH ALAM, 6 DIS: Dato’ Menteri Besar bersedia membentangkan laporan kelestarian Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, sebagai contoh pertama agensi Kerajaan Negeri yang mengikuti prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Amalan Tadbir Urus (ESG).
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara tersebut akan menjadi nilai tambah kepada MBI khususnya kepada pihak perbankan.
“Perbankan sekarang mengambil kira nilai ESG sebagai tambah nilai kemampuan kredit.
“Saya akan mempertimbangkan terhadap laporan MBI dan anak-anak syarikat, untuk kita lihat prestasi ESG,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor semalam.
Beliau menjawab soalan tambahan wakil rakyat Bukit Gasing R Rajiv yang mencadangkan MBI memulakan insiatif membentangkan laporan kelestarian berdasarkan prinsip ESG.
ESG merupakan kriteria yang digunapakai untuk menilai kesan amalan dan pelaksanaan sesebuah syarikat kepada prestasi kewangan dan operasi mereka.
The post MBI sedia bentang laporan kelestarian alam sekitar, sosial dan amalan tadbir urus appeared first on Selangorkini.

