MBI Selangor, MRCB meterai perjanjian pembangunan Stadium Shah Alam

6 Feb 2024 • 8:13 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi memulakan kerja-kerja fizikal dalam pembangunan Stadium Shah Alam.

Untuk itu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, proses perobohan akan dimulakan dengan pemasangan dinding adang diikuti proses merungkai struktur sedia ada yang dijangka mengambil tempoh sehingga pertengahan tahun depan.

“Petang tadi satu langkah kritikal diambil dalam pembangunan Stadium Shah Alam apabila saya menyaksikan perjanjian persefahaman antara MBI Selangor dan MRCB.

“Ia sekali gus menandakan permulaan kerja-kerja fizikal setelah melalui proses perancangan dan prosedur rapi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati segala piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain itu beliau menekankan kepada pihak terlibat supaya ia menjadi model yang mengguna pakai kaedah terbaik (best practices) dalam pembangunan infrastruktur terutamanya dalam sekala sebegini.

Katanya, segala langkah mitigasi untuk menangani impak pembangunan akan dimaklumkan oleh pihak pemaju kepada komuniti tempatan agar proses tersebut berjalan sebaiknya. - 6 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved