MBJB Sahkan Individu Terlibat Kes Kereta 4×4 Langgar Anjing Liar Pekerja Kontraktor – Exco Johor

LocalPets
20 May 2026 • 5:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: MBJB Sahkan Individu Terlibat Kes Kereta 4×4 Langgar Anjing Liar Pekerja Kontraktor – Exco Johor

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular video memaparkan tindakan sebuah kenderaan pacuan empat roda bertindak melanggar seekor anjing di taman perumahan di Ulu Tiram, Johor Bharu.

MBJB dah buat siasatan dalaman, individu terlibat dipercayai pekerja kontraktor

Susulan insiden tersebut, Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) telah menjalankan siasatan dalaman dan mendapati individu yang terlibat merupakan pekerja kepada kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan operasi penghapusan kacau ganggu anjing liar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor atas kegagalan mematuhi SOP dan syarat pelantikan yang telah ditetapkan.

MBJB buat laporan polis agar siasatan lanjut boleh dijalankan

Katanya, pihak MBJB juga sudah membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan lanjut dilakukan oleh pihak berkuasa jika ada unsur kecuaian, salah laku, penyalahgunaan kuasa mahupun pelanggaran undang-undang dalam insiden berkenaan.

“Sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku pelanggaran SOP atau kecuaian, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil termasuk penggantungan operasi, penamatan kontrak, senarai hitam serta tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Kerajaan Negeri turut mengingatkan bahawa selaras dengan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MBJB) 1995, setiap pemilik haiwan peliharaan bertanggungjawab memastikan anjing dipelihara secara terkawal dan tidak dilepaskan bebas tanpa pemantauan sehingga boleh mengganggu ketenteraman awam serta mengundang risiko kepada keselamatan masyarakat,” jelasnya, dalam satu kenyataan di Facebook.

Image from: MBJB Sahkan Individu Terlibat Kes Kereta 4×4 Langgar Anjing Liar Pekerja Kontraktor – Exco Johor

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Kenderaan 4×4 Didakwa Sengaja Langgar Anjing Jalanan Di Johor, SAFM Tuntut Siasatan Segera

Setiap operasi tangkapan dan pelupusan anjing terbiar perlu ikut SOP ditetapkan

Tegas beliau lagi, Kerajaan Negeri Johor melalui MBJB memandang serius berhubung insiden yang berlaku di kawasan Puteri Wangsa pada 15 Mei itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai itu turut menegaskan setiap operasi penguatkuasaan berkaitan tangkapan dan pelupusan anjing terbiar di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) wajib dilakukan secara:

  • Terkawal
  • Berhemah
  • Mematuhi sepenuhnya Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing terbiar yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Sebarang tindakan yang melanggar SOP, mencemarkan imej penguatkuasaan atau menimbulkan keresahan awam tidak akan dilindungi oleh Kerajaan Negeri.”

Tambah beliau lagi Kerajaan Negeri Johor dan MBJB kekal komited memastikan setiap operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan mematuhi lunas undang-undang demi menjaga keselamatan awam, kebajikan haiwan serta keharmonian masyarakat.

View Original Article