MBK sedia 40 lokasi pasar Ramadan, bazar Aidilfitri

14 Mar 2023 • 2:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MBK menyediakan 40 lokasi Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di daerah ini sepanjang bulan puasa. (Gambar kecil: Norkamawati)

KUANTAN - Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan 40 lokasi Pasar Ramadan dan Aidilfitri di kawasan pentadbirannya tahun ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, kebenaran itu membabitkan 33 pasar Ramadan dan tujuh lagi Bazar Aidilfitri yang akan beroperasi sepanjang bulan puasa ini.

"Sebanyak 1,775 permit diluluskan kepada peniaga yang dengan aktiviti jualan juadah berbuka puasa dan kelengkapan menyambut Aidilfitri termasuk pakaian dan barangan lain.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 360 permit diluluskan kepada peniaga yang akan menjalankan aktiviti perniagaan mereka di tujuh lokasi Bazar Aidilfitri.

"Antaranya, di Mahkota Square; Serambi Teruntum (tapak B), Stadium Darul Makmur, Dataran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Dataran Sekilau, Serambi Teruntum (tapak A) dan Tasek Commercial Center di Kotasas," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri dianjurkan oleh 27 syarikat yang berurusan dengan MBK sebelum ini dan permohonan mereka diluluskan.

Jelasnya, pihak berkuasa MBK bertanggungjawab memantau aktiviti serta perjalanan perniagaan di semua Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di daerah ini bagi memastikan peniaga mematuhi semua peraturan ditetapkan.

"Malah, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan turut sama akan memantau kebersihan selain kad kesihatan setiap peniaga, ini bagi menjamin makanan yang dijual sentiasa berada dalam keadaan baik," ujar beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved