MBKT lelong kambing tidak dituntut, harga bermula RM84

4 Apr 2024 • 8:33 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 ekor kambing dengan tiga daripadanya kambing jantan akan dilelong pagi ini oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan harga rezab bermula antara RM84 hingga RM301.

Proses lelongan itu bermula 9.30 pagi ini di Pusat Tahanan Haiwan Kawasan Perindustrian Chendering (Tepi Sungai) melibatkan lelongan haiwan ternakan yang tidak dituntut dan bagi tujuan pelupusan.

Menurut Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif, mereka yang berminat untuk membuat tawaran berkenaan boleh hadir di pusat tersebut dengan haiwan terbabit akan dilupuskan berdasarkan harga tertinggi.

“Setiap pembida hanya boleh membeli maksimum seekor kambing sahaja.

“Bayaran penuh hendaklah dibuat kepada pembuat tawaran di kaunter yang disediakan,’’ katanya menerusi iklan lelongan MBKT.

Menurut Rosli, menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976, mana-mana haiwan yang disita dan tidak dituntut di bawah Perkara 6 (3) Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (MBKT), majlis boleh mengadakan lelongan awam untuk melupuskan haiwan terbabit. - 4 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved