MBPJ anjur majlis buka puasa Sabtu ini, orang ramai dijemput hadir

3 Apr 2023 • 7:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 3 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya mempelawa penduduk sekitar daerah itu ke program ‘Picnic Iftar Ramadan X Suria’ Sabtu ini.

Program dilaksanakan dengan kerjasama stesen radio terkenal Suria FM akan diadakan di Laman MBPJ Seksyen 52 Petaling Jaya mulai 4 petang sehingga 10 malam.

“Juadah berbuka dan bubur lambuk disediakan untuk 1,000 pengunjung terawal.

“Pelbagai program menarik menanti pengunjung antaranya persembahan penyampai radio Suria FM antaranya Shuib, , DJ Lin, Tyzo, Rara, Cik Piah, Suraya, Anna J dan Ajak,” kata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook.

MBPJ berkata selain itu antara aktiviti lain yang disediakan adalah bacaan Yasin, ‘picnic’ berbuka puasa, tazkirah, solat maghrib dan isyak berjemaah, solat tarawih, sumbangan anak yatim dan fakir miskin serta moreh.

Agensi itu berkata pihaknya menggalakkan agar pengunjung membawa tikar sendiri untuk berbuka puasa ketika program.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved