MBPJ buka kaunter bergerak di lima lokasi sepanjang bulan ini

8 Aug 2022 • 10:54 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya membuka kaunter bergerak di lima lokasi sepanjang bulan ini bagi mengurangkan kesesakan di kaunter utama pada waktu puncak.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan operasi kaunter bergerak dari jam 10 pagi hingga 2 petang juga memberi kemudahan kepada penduduk di lokasi terlibat tanpa perlu hadir ke kaunter utama.

“Walau bagaimanapun, para pelanggan adalah digalakkan untuk terus melaksanakan urusan secara atas talian.

“Inisiatif ini merupakan salah satu kemudahan kepada pelanggan untuk berurusan dengan MBPJ kerana setiap transaksi yang dilakukan tidak terhad pada waktu pejabat sahaja dan selain ia dapat menjimatkan kos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut jadual lokasi kaunter bergerak:

image is not available

Manakala operasi kaunter utama seperti berikut:

image is not available

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.mbpj.gov.my atau
kunjungi laman sosial MBPJ, Facebook: @petalingjayacitycouncil, Twitter, Instagram: @pjcitycouncil.