MBPJ buka kaunter di lokasi strategik, mudahkan orang ramai bayar cukai taksiran

17 Jan 2024 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka kaunter bergerak Februari ini bagi memudahkan orang ramai membayar cukai taksiran.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu bermula 10 pagi hingga 3 petang, tiga kaunter bergerak akan beroperasi pada 17 dan 18 Februari di SS24 Taman Megah, PJS8 Desa Mentari (24 dan 25 Februari) dan SD12/1 Sri Damansara (28 dan 29 Februari).

Selain itu, operasi kaunter pejabat MBPJ turut dibuka bermula 10 pagi hingga 4 petang pada 17, 18, 24 dan 25 Februari.

“Pengoeprasian ini adalah sempena musim pembayaran cukai taksiran penggal 1/2024,” katanya di Facebook.

Maklumat lanjut hubungi 03-79563544 (sambungan 102,103,108,109) atau bayar melalui ePAY@MBPJ di www.mbpj.gov.my atau perbankan internet melalui JomPAY.

image is not available

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved