MBPJ: Laluan kontra di Jalan Gasing, Templer menuju NPE mulai 25 Julai

15 Jul 2022 • 5:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melaksanakan laluan kontra bermasa dari Jalan Gasing/Jalan Templer menuju ke Lebuhraya Pantai Baru (NPE) arah selatan mulai 25 Julai ini.

Menurut MBPJ laluan kontra yang membabitkan Jalan Gasing dan Jalan Templer itu akan diaktifkan mulai jam 5 petang hingga 7 malam setiap hari kecuali Sabtu, Ahad, cuti umum dan ketika hujan.

“Laluan kobtra ini akan bermula di persimpangan Jalan Gasing iaitu Jalan 5/64 menghala ke persimpangan tiga Jalan Templer-NPE dan dari persimpangan empat Jalan Templer/Jalan Gasing menghala ke NPE.

“Semua pengguna jalan raya dari arah bertentangan disaran menggunakan lorong tengah atau kiri, manakala lorong kanan akan ditutup dari persimpangan NPE sehingga persimpangan Templer/Jalan Gasing dan Jalan Gasing – Jalan 5/64 (arah utara),” katanya dalam kenyataan hari ini.

MBPJ berkata pengguna jalan raya dari arah Pusat Bandar Petaling Jaya, Seksyen 52 atau Lebuhraya Persekutuan boleh menggunakan laluan kontra ini untuk kelancaran lalu lintas.

Justeru, MBPJ menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi papan tanda yang disediakan di lokasi.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved