MBPJ perkasa komuniti, fokus kesejahteraan keluarga

LocalFamily & Parenting
1 Jul 2026 • 1:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBPJ perkasa komuniti, fokus kesejahteraan keluarga

PETALING JAYA, 1 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terus komited memperkasa komuniti menerusi pelbagai inisiatif yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat.

Datuk Bandarnya, Dato' Mohamad Zahri Samingon berkata usaha itu dilaksanakan melalui program berterusan yang memfokuskan aspek kesihatan awam, pembangunan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat serta penglibatan aktif masyarakat.

“MBPJ sentiasa melaksanakan pelbagai program yang menyokong kesejahteraan keluarga, termasuk Program Keibubapaan, Program Pembangunan Komuniti, sambutan Hari Keluarga, program warga emas, pembangunan kanak- kanak dan remaja, serta pelbagai aktiviti komuniti yang menggalakkan interaksi sihat antara ahli keluarga.

“Selain itu, MBPJ turut menyediakan pelbagai kemudahan awam seperti taman rekreasi, taman permainan, pusat komuniti, perpustakaan dan ruang riadah yang mesra keluarga bagi menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta mewujudkan komuniti yang lebih inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Bapa 2026 peringkat Selangor anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Dewan Sivik MBPJ, hari ini.

Sementara itu, sambutan berkenaan turut dimeriahkan dengan forum berjudul ‘Sehebat Kasih Bapa’ yang menampilkan pempengaruh media sosial TikTok Wiradihan dan Roslan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pakcik Lan sebagai panel.

Pelbagai aktiviti interaktif turut diadakan sepanjang program, antaranya Lego Creative Corner, RC Excavator Challenge, MNP Toy Shop Hot Wheels, Pameran Kembara dan Rekreasi, ujian saringan kesihatan lelaki serta pameran LPPKN serta Jabatan Bantuan Guaman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved