MBPJ peruntuk RM3.9 juta naik taraf kemudahan rekreasi, laluan pejalan kaki

23 Oct 2024 • 1:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 23 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntuk RM3.9 juta bagi melaksana kerja menaik taraf kemudahan rekreasi dan laluan pejalan kaki pada tahun hadapan.

Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata MBPJ tekad memastikan kemudahan yang disediakan merangsang gaya hidup sihat dan integrasi sosial buat penduduk bandar raya itu.

image is not available
Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon ketika Mesyuarat Majlis Khas (Bajet 2025) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Bangunan Annex, Ibu Pejabat MBPJ pada 22 Oktober 2024. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya

“MBPJ memandang serius terhadap kemudahan rekreasi dan sukan di Petaling Jaya yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

“Kerja menaik taraf kemudahan rekreasi, laluan pejalan kaki dan sistem saliran tertumpu di lapan kawasan lapang dan dua padang sukan,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Khas (Bajet 2025) MBPJ di Ibu Pejabat MBPJ, semalam.

Mohamad Zahri turut memberitahu pihak berkuasa tempat itu giat menaik naik taraf beberapa jalan antaranya termasuklah Jalan BU 4/1, Jalan Cecawi 6/19C, Jalan PJU 3/18B dan Jalan SS 23/7 selain padang sukan pula akan dibuat di Jalan SS 2/50 dan Jalan SS 20/5.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved