MBPJ senarai pendek enam tapak penempatan penjaja Jalan PJS 4/27

28 Apr 2026 • 9:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 28 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyenarai pendek enam tapak bagi penempatan semula penjaja di Jalan PJS 4/27 daripada 18 cadangan yang dikemukakan.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan penilaian dibuat susulan sesi libat urus bersama penjaja yang diadakan pada 22 April lalu.

Menurutnya, satu lawatan tapak telah dilaksanakan hari ini diketuai Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohamad Zahri Samingon bagi menilai kesesuaian lokasi dengan penglibatan pelbagai pihak berkaitan.

"Daripada 18 cadangan tapak yang dikemukakan oleh pihak persatuan, enam telah disenarai pendek untuk diperhalusi mengambil kira aspek-aspek teknikal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan Halimey Abu Bakar, pegawai jabatan teknikal MBPJ serta wakil Persatuan Penjaja PJS 4/27A.

Dalam pada itu, MBPJ menegaskan komitmen untuk membantu penjaja berniaga secara sah di lokasi dibenarkan, selaras usaha mewujudkan persekitaran bandar yang tersusun, selamat dan kondusif.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved