MBPJ tingkat kemudahan awam, lantik kontraktor laksana dua projek utama

9 Jun 2026 • 4:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBPJ tingkat kemudahan awam, lantik kontraktor laksana dua projek utama

SHAH ALAM, 9 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melantik dua kontraktor bagi melaksanakan projek pembangunan dan penaiktarafan kemudahan awam yang dijangka memberi manfaat kepada penduduk serta merangsang ekonomi setempat.

Pelantikan itu dimeterai menerusi Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Kontraktor yang disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ hari ini.

Antara projek yang akan dilaksanakan ialah pembinaan Kompleks Pembangunan Usahawan di Bandar Sri Damansara (PJU 9) yang bakal menempatkan 22 unit gerai moden bagi menyokong aktiviti keusahawanan dan ekonomi komuniti setempat.

MBPJ turut melaksanakan projek penggantian Air Handling Unit (AHU) di Menara MBPJ bagi meningkatkan kecekapan sistem bangunan serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa dan mampan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohamad Zahri Haji Samingon berkata kontraktor yang dilantik perlu melaksanakan projek mengikut spesifikasi, jadual dan kualiti yang ditetapkan.

Beliau turut menegaskan kepentingan aspek keselamatan, tadbir urus yang baik serta kepentingan rakyat dalam setiap pelaksanaan projek pembangunan.

“Setiap projek yang dilaksanakan bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi perlu memberi nilai tambah kepada kesejahteraan rakyat serta menyokong agenda bandar raya mampan,” katanya menerusi Facebook.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved