MBSA anjur bengkel seni pada 16 Disember, penyertaan percuma

12 Dec 2023 • 5:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 12 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Karnival Edu Kreatif MBSA 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik pada 16 Disember ini.

Program kelolaan Seksyen Kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA itu diadakan di Dewan Bankuet Wisma MBSA dengan penyertaan percuma, maklumnya di Facebook.

Bengkel yang disediakan adalah asas seni tekstil (Shibori), seni bela diri (silat), nyanyian berkumpulan (koir), pergendangan komuniti, persembahan kontemporari (sarkas moden) dan muzik tradisional (Gamelan Melayu).

Kesemua aktiviti dijadualkan berjalan serentak dan setiap peserta hanya dibenarkan untuk menyertai satu bengkel sahaja.

Mereka yang berminat boleh membuat imbasan kod QR yang tertera pada poster disediakan atau klik pada pautan https://l1nq.com/6Cjui untuk mengisi borang penyertaan.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program, sila hubungi 016-3337141 (Encik Amin Fikry) atau https://wa.me/60163337141.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved