MBSA anjur sukan rakyat, saringan percuma sempena hari tanpa kenderaan Ahad ini

7 Sep 2022 • 8:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 SEPT: Orang ramai berpeluang menyertai pelbagai sukan rakyat sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 11 September.

Program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mulai 7.30 pagi diceriakan dengan acara galah panjang, lari dalam guni, bola sepak kain pelikat, kelereng, kereta sorong manusia dan gelung batik ajaib.

Mengangkat tema Sukan Untuk Semua, acara bulanan itu turut menganjurkan acara fun run, berbasikal, klinik memanah, klinik silat, ‘eco free market’ dan urban picnic.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menawarkan saringan kesihatan percuma kepada pengunjung.

“Anda juga boleh membuat saringan kesihatan secara percuma di booth Klinik Siti. Orang ramai dijemput hadir,” tulis di Facebook.

MBSA menganjurkan program Shah Alam Tanpa Kenderaan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk bandar raya berkenaan.image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved